GEORGE TOWN: Kolej Cosmopoint Pulau Pinang menganjurkan satu pameran bertemakan Kasih Sayang dan Kemanusiaan bagi menerapkan nilai murni dalam diri setiap pelajar.

Pameran yang diadakan selama seminggu itu bermula hari ini hingga Rabu minggu depan dan dibuka kepada orang ramai untuk melawat.

Sebanyak 20 foto dan artikel dipamerkan di pameran berkenaan. Bilik pameran dibuka kepada orang ramai dari 10 pagi hingga 4.00 petang tanpa bayaran.

Dijangka pameran ini dapat menarik 500 pelajar dan orang awam yang tinggal berdekatan kolej Cosmpoint Pulau Pinang.

Orang ramai yang ingin atau berminat untuk melawat pameran ini boleh ke kolej Cosmopoint Pulau Pinang di Bayan Lepas.

Sumber: Kak Limah
Gambar:Kak Limah

Written by