Lori membawa muatan lebih di Jalan Sungai Pinang bahayakan pengguna jalan raya

GEORGETOWN: Sebuah treler dengan muatan bahan binaan yang berlebihan dilihat menggunakan Jalan Sungai Pinang di sini, sebentar tadi.

Treler berkenaan dipercayai dalam perjalanan untuk menghantar bahan binaan itu ke kawasan berhampiran.

Muatan treler berkenaan dilihat boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain berikutan tidak ditutup dan diikat dengan rapi.

Besi yang dimuatkan dalam treler itu melebihi panjang yang sepatutnya dan menyebabkan pintu pada bahagian treler itu tidak dapat ditutup.

Diharap semua pengguna jalan raya berhati-hati ketika berada berhampiran treler dengan muatan yang berlebihan.

 

Cerita : Kak Limah

Gambar : Kak Limah

 

 

Written by

Leave a Reply

Your email address will not be published.