Muhd Faiz Ahmad Johari dengan salah satu menu utama di Restoran Rizq Arabic Cafe di Taman Pekaka Nibong Tebal.

 

NIBONG TEBAL : Berbekalkan pengalaman dalam perniagaan dan fenomena rakyat Malaysia yang suka dengan makanan Arab, sepasang suami isteri berumur awal 30-an mengambil peluang ini untuk menyajikan makanan tersebut mengikut citarasa tempatan.

Muhd Faiz Ahmad Johari dan isteri beliau Nurhafizah Mustapha menyajikan nasi Mandy Ayam dan Khabsah Kambing sebagai menu utama di restoran mereka , Rizq Arabic Cafe menggunakan rempah ratus yang diadun secara fusion dan diadun sendiri oleh mereka.

Menurut Muhd Faiz , dia dan isterinya menggunakan rempah ratus yang diimport khas untuk nasi , dan perapan ayam dan kambingnya.

“Kesemua bahan tersebut diadun awal sebelum ianya dibawa untuk dimasak, mengambil kira lidah dan minat masyarakat tempatan , kesemua resipi yang dipakai dalam masakan memfokuskan makanan Arab yang kena dengan lidah orang tempatan”, katanya yang mempelajari resipi pembuatan nasi arab dari beberapa rakan dan juga pekerja Arab mereka.

Muhd Faiz berkata, restoran Rizq Arabic Cafe mula beroperasi sejak Disember 2014 dan sejak dari itu sambutan terhadap menu menu restoran amat menggalakkan.

Selain makanan Arab, Rizq Arabic Cafe juga menyediakan makanan barat seperti Chicken Chop,LambChop dan menu istemewa seperti shell out yang menyajikan Lamb Chop , Chicken Chop ,Meat Ball, French Fries, Sosej dan juga daging burger.

Satu lagi makanan khas , di restoran tersebut ialah Nan Cheese Meleleh yang ternyata menjadi kegemaran ramai pengunjung restoran Rizq Arabic Cafe.

Restoran Rizq Arabic Cafe terletak di Taman Pekaka Nibong Tebal berhampiran USM Transkrian.

Beroperasi setiap hari dari pukul 12 tghari ke 12 tgh malam, Rizq Arabic Cafe juga menyediakan pakej katering, harijadi, kenduri doa selamat untuk pelanggan.

Mereka yang meminati makanan Arab, bolehlah membuat tempahan di talian 0174123816.

Ahlan Wa Sahlan lahhh…..

 

 

Written by