Haiwan kesayangan memang comel dan ‘adorable’

Haiwan Kesayangan
Haiwan kesayangan memang comel, manja dan mengasyikkan.

Sesetengah daripada kita mengganggap haiwan peliharaan sebagai ahli keluarga.
Haiwan kesayangan seperti kucing yang comel memberikan kita ketenangan, mengurangkan stres dan ‘ubat’ kesunyian kepada pemiliknya.
Ada juga yang membela haiwan kesayangan untuk menjana pendapatan.
Apa pun alasan kita membela haiwan kesayangan, kita perlu berhati-hati terutamanya aspek kebersihan semasa menjag amereka.

Kenapa saya berkata demikian?

Kita mempunyai hubungan yang rapat dengan haiwan kesayangan.

Zoo-no-sis.
Pernah dengar istilah ini?
Rasanya ianya sangat ‘biasa’ kepada sesiapa yang bekerja di bidang veterinar, perubatan atau biologi. Kalau diorang tak pernah dengar, erm.. mereka wajib dah mengulang balik semester. Hehe.
Istilah zoonosis berasal dari istilah latin ‘zoon’ bermakna haiwan dan ‘nosos’ adalah sakit. Secara ringkasnya zoonosis adalah sesuatu penyakit yang boleh menjangkiti manusia daripada haiwan.
Jangan panik dan tak nak pula sentuh haiwan apabila dah tahu terminologi zoonosis ini.
Kita, sebagai manusia pun, juga boleh menjangkitkan penyakit kita kepada haiwan kesayangan kita. Namanya ‘reverse zoonosis’.
Contoh penyakit zoonosis yang biasa kita dengar di Malaysia ialah kencing tikus (leptospirosis), anjing gila (rabies) dan selsema burung (influenza virus). Sebenarnya ada banyak lagi adik beradik dia. Hehe
Penyakit zoonosis ini disebabkan oleh mikroorganisma seperti virus, bakteria, fungi dan parasit yang berada pada haiwan yang telah dijangkiti.
Dalam penulisan ini saya hanya ingin menyentuh mengenai parasit cacing yang hidup dalam badan haiwan kesayangan anda.

 

Parasit
Apa itu parasit?
‘Engkau ni macam parasit la’. Kekadang ayat ini keluar dari mulut kitakan? Kita umpamakan dia macam parasit sebab berperangai macam parasit. Maksudnya disini, tuan-tuan dan puan-puan dah kenal makhluk yang bernama parasit ini.
Secara saintifiknya, parasit adalah sekumpulan organisma yang hidupnya bergantung kepada perumah untuk mendapatkan makanan serta perlindungan daripada perumahnya. Contoh parasit yang umum diketahui adalah cacing, kutu, tungau dan pelbagai lagi. Nak dipendekkan cerita, parasit ini sebenarnya makhluk yang Allah SWT ciptakan dimana hidupnya perlu bergantung pada orang lain untuk kelangsungan hidupnya.


Rupa Ancylostoma (dibawah mikroskop) menunjukkan cacing ini yang mempunyai tiga pasang gigi  tajam untuk menyebabkan pendarahan dalam usus haiwan.

Cacing Kait: Ancylostoma
Dalam anjing dan kucing, terdapat cacing yang lazim dijangkiti jika kita tidak memberikan haiwan kesayangan kita ubat cacing. Contohnya cacing kait yang dinamakan Ancylostoma.
Tahukah anda bahawa cacing-cacing ini bertelur?
Najis haiwan yang telah dijangkiti oleh cacing ini mempunyai telur cacing tersebut. Telur cacing yang berada di persekitaran kita seterusnya akan berkembang menjadi larva.

Fakta yang menakutkan adalah telur dan larva cacing ini tidak nampak oleh mata kasar kita.
Kita hanya sedar sudah dijangkiti apabila larva tersebut menembusi kulit kita. Tempat kemasukan yang paling utama ialah kulit lembut diantara jari kaki. Tetapi ia juga boleh memasuki melalui kawasan kulit lain.

Pergi mana pun, jangan berkaki ayamya.

Hairan kenapa kaki ayam? Haiwan lain pun ada, ayam juga dipilih. Kasihan kat ayam. Hehe

Jangan kaki ayam!
Apabila kita berjalan kaki ayam, kita akan mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti oleh larva cacing tersebut.
Itulah sebab orang-orang tua pesan pakai selipar apabila berjalan. Tak boleh kaki ayam. Hahaha. Diorang dah tahu korang boleh dapat cacing Ancylostoma.
Satu lagi tips yang saya ingin berkongsi ketika bercuti di pantai.

Berhati-hatilah semasa kita menikmati keindahan pemandangan di pantai.

Tengok juga kalau ada najis haiwan yang ada,mungkin anda tidak perasan semasa anda asyik nak berselfie atau berswafoto.
Rasanya kalau korang tiada masalah hidung, korangakan ‘alert’ dengan bau tinja daripada haiwan kesayangan yang memang kurang menyenangkan.
Akan tetapi, kemungkinan yang berlaku adalah kanak-kanak yang asyik bermain, membina istana pasir, diorang leka. Mereka tidak perasan kehadiran tinja haiwan yang penuh dengan larva cacing, dan mungkin akan dijangkiti oleh larva cacing tanpa mereka disedari.

 

Jika dijangkiti?

Cutaneous Larva Migranatau CLM boleh berlaku dengan jangkitan cacing Ancylostoma.

Mesti semua tertanya-tanya apa akan belaku kalau kita dijangkiti parasit ini?
Penyakit zoonosis ini dinamakan ‘Cutenous Larva Migran’ atau singkatannya CLM.
Ia dicirikan dengan keradangan pada kulit. Orang tua-tua dulu sebut ‘Gatal Tanah’. Kita akan ‘’gatai” yang amat sangat dan tidak berhenti menggaru setelah larva cacing ini menembusi kulit kita.


Toxocara dewasa yang mempunyai ‘alae’ di lehernya.

Satu lagi cacing gelang: Toxocara
Ada lagi satu cacing yang dinamakanToxocara yang boleh menjangkiti tuan punya haiwan kalau mereka tidak menjaga kebersihan.
Tidak seperti Ancylostoma dimana larvanya menembusi kulit kita.
Toxocara boleh dijangkiti jika kita termakan benda-benda kotor (najis) yang mengandungi telur cacing tersebut.
Yang sedihnya, kanak-kanak biasanya tertelan benda-benda kotor yang mempunyai telur cacing ini ketika bermain di taman permainan dimana terdapat pasir-pasir yang tercemar dengan najis haiwan.

 

Apakah simptomnya?
Simptom yang direkodkan oleh ramai menunjukkan tidak teruk. Akan tetapi, ada juga kes teruk sehingga akibatkan buta sebelah mata.

Ini dinamakan ‘ocular toxocariasis’. Ini terjadi apabila penyakit ini mencapai tahap yang teruk.

Staf Fakulti Perubatan Veterinar bergambar dengan pelajar-pelajar di Sekolah Kebangsaan Seri Selangor. Kempen kesedaran penyakit zoonosis dikalangan pelajar-pelajar sekolah diadakan bagi memberikan pengetahuan kepada mereka tentang penyakit zoonosis, bagaimana ianya merebak dan cara-cara pencegahan.
Pencegahan?
Ada tak cara nak mencegahnya kak?
Mestilah ada.

Jika kita bijak menjaga kebersihan dan ilmu di dada, InShaaAllah, penyakit ini boleh dicegah.

Antara pencegahan yang perlu diamalkan:
1. Memakai kasut atau selipar ketika berjalan diluar terutamanya kanak-kanak.
2. Mencegah pembuangan tinja haiwan kesayangan kita di merata tempat.
3. Membawa haiwan- kesayangan berjumpa dengan doktor veterinar bagi mendapatkan ubat cacing untuk diberikan kepada haiwan kesayangan.
4. Membasuh tangan dengan sabun setelah memegang haiwan dan selepas kita ‘handling’ pasir ‘tandas’ kucing dan anjing kita.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Wajib ‘share’ kepada semua terutamanya pencinta haiwan.

Daripada :

@PengkajiCacingHaiwan
Fakulti Perubatan Veterinar,
Universiti Putra Malaysia.

Written by