Georgetown: Tindakan tidak bertanggungjawab pelawat Hospital Pulau Pinang (HPP) meletakkan kenderaan disepanjang jalan utama di pintu masuk ke hospital telah mendatangkan masalah kepada orang ramai.

Kenderaan pelawat yang tidak bertanggungjawab itu kelihatan diletakkan di sepanjang jalan di atas kawasan pejalan kaki.

Keadaan ini telah menyusahkan pelawat, jururawat dan doktor yang ingin menggunakan laluan pejalan kaki berkenaan.

Mereka terpaksa berjalan di atas jalan utama berikutan laluan pejalan kaki berkenaan telah dihalang oleh kenderaan yang ditinggalkan di kawasan terbabit.

Diharap pihak HPP dan pihak berkuasa tempatan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi masalah in

Ahli majlis Majlis Bandaran Pulau Pinang (MBPP) Syerleena Abdul Rashid berkata tindakan segera akan di ambil oleh pihak berkuasa tempatan tentang perkara tersebut.

Cerita: Kak Limah
Gambar:Kak Limah

Written by

Leave a Reply

Your email address will not be published.