Pada tahun 2014, Snapchat membeli Scan, dengan harga nila $54 juta. Scan adalah syarikat yang diasaskan bersama oleh Garrett Gee dan dua rakannya.

Selepas menerima bahagiannya dari hasil jualan tersebut Gee telah terus berkhidmat untuk satu tempoh yang singkat di Snapchat.

“Selepas tiga bulan cepat, saya memutuskan untuk mengambil semula kehidupan saya ke tangan saya sendiri dan meninggalkan pekerjaan saya,” ujar beliau yang kini baru berusia 28 tahun. “Mungkin kehidupan korporat adalah lebih sesuai untuk jenis personaliti yang lain, tetapi tidak bagi saya. Minda dan jiwa saya berfungsi dalam keadaan terbaik apabila saya bebas dan hidup sebagai diri saya sendiri dan menurut nilai-nilai saya.”

Langkah beliau seterusnya? Memulakan satu perjalanan mengelilingi dunia dengan isterinya, Jessica, dan dua orang anaknya yang kini berusia 2 dan 4.

Namun apa yang mengejutkan adalah Gee tidak menggunakan hasil jualan Snapchat yang berjuta-juta itu untuk membiayai perjalanannya. Sebaliknya, pasangan itu menjual semua harta benda mereka untuk kira-kira $45,000 dan bersetuju untuk membiayai perjalanan dengan wang itu untuk enam bulan – sehingga Disember 2015 – atau selagi mereka boleh bertahan tanpa mengambil wang simpanan mereka.

Dalam tempoh lima bulan pertama dalam perjalanan mereka, pasangan itu – yang telah mula mendokumentasikan perjalanan mereka melalui blog dan media sosial ‘The Bucket List Family’ telah menghabiskan hanya $5,000 daripada bajet mereka, kata Gee. Mereka berjaya membuat penjimataan dengan perancangan yang teliti dan tabiat berbelanja berjimat, seperti selalu membeli penerbangan yang paling murah.

‘Nasib menyebelahi kami apabila pada masa yang sama, media sosial kami mula mendapat sambutan daripada hotel, syarikat penerbangan, dan jenama lain yang mula bekerjasama dengan kami”, terang Gee. “Pada mulanya mereka hanya ditawarkan penginapan atau penerbangan sebagai pertukaran untuk pemasaran melalui medial sosial. Namun kemudian, kerana komuniti kami terus berkembang, mereka mula membayar kami juga. Jadi, sebelum kami membelanjakan bajet kami $45,000, perjalanan kami beralih menjadi menguntungkan.”

Malah, perkongsian blog dan penajaan mereka kini cukup lumayan untuk membiayai gaya hidup mereka sepenuhnya. Lebih setahun kemudian, Gee berkata, dia masih tidak membelanjakan satu sen pun pendapatan hasil jualan Snapchat beliau.

“Ianya selamat disimpan dan dilaburkan. Saya bercadang untuk hidup seolah-olah ia tidak wujud,” tegas Gee. “Saya masih muda dan saya mahu memastikan semangat keusahawanan terus subur dan saya akan┬áterus bekerja keras! Saya tidak mahu menjadi selesa. Saya tidak mahu berhenti disini. Jadi bagi saya, saya akan mula kembali dari bawah dan menempah kejayaan lain lagi sekali”

Pada Januari 2016, kira-kira 18 bulan selepas melancarkan jenama mereka, “The Bucket List Family” mereka mempunyai 455,000 pengikut di Instagram dan 41,500 pengikut di YouTube. Dia dan Jessica kedua-dua menghabiskan hanya kira-kira 20 jam seminggu menguruskan blog, media sosial, dan urusan perniagaan lain.

Ikut pengembaraan perjalanan keluarga ini di laman web mereka.

Kredit : The Independent

Written by

Leave a Reply

Your email address will not be published.