Peniaga daging di negeri India utara Uttar Pradesh telah menamatkan mogok mereka membantah penutupan kedai-kedai dan rumah penyembelihan daging yang didakwa beroperasi secara haram.

Penyelesaian itu dicapai dalam pertemuan antara peniaga dan Ketua Menteri Yogi Adityanath seorang ektremis Hindu. Beliau berjanji untuk mengeluarkan lesen dan juga untuk memastikan bahawa rumah penyembelihan tidak akan diserang oleh penyokongnya.

PENIAGA DAGING AKHIRI MOGOK

Rumah-rumah penyembelihan ini kebanyakan dimiliki oleh orang Islam, yang membentuk 18% daripada populasi penduduk di negeri ini. Mr Adityanath menentang penyembelihan dan penggunaan lembu, yang dianggap suci oleh majoriti Hindu India.

Laporan mengatakan bahawa selepas mengambil pejabat, salah satu tindakan pertama beliau adalah untuk mengarahkan pegawai polis untuk melumpuhkan rumah penyembelihan “haram” di negeri ini. Bagaimanapun, penduduk tempatan mendakwa, kebanyakan perniagaan tidak menyembelih lembu namun mereka menyembelihan haiwan lain seperti kambing dan kerbau sahaja.

Chaudhary Aley Ummar Qureshi, setiausaha agung salah satu persatuan peniaga daging terbesar India ‘berkata, mereka mengambil keputusan untuk menamatkan mogok selepas mendapat jaminan Ketua Menteri. Uttar Pradesh, negeri paling ramai penduduk India, juga negeri pengeluar daging terbesar. Kerajaan negeri dijangka mendapat lebih daripada 110billion rupee (RM7.5billion) setahun daripada industri tersebut.

Untuk rekod, Yogi dilantik sebagai Ketua Menteri Uttar Pradesh oleh Perdana Menteri India, Naradnera Modi lantik apabila berjaya memperolehi kemenangan besar dalam pilihanraya yang diadakan baru-baru ini.

Yogi juga dikecam sebelum ini berikutan kenyataannya yang menggesa para pengikutnya untuk mengeluarkan mayat wanita Muslim dari kubur dan merogol mereka.

Rujukan: BBC
Gambar: Reuters

Written by

Leave a Reply

Your email address will not be published.