Gujerat merupakan negeri pertama di India yang meluluskan undang-undang yang mengenakan hukuman seumur hidup kepada mereka yang disabitkan dengan kesalahan menyembelih lembu. Sebagai perbandingan, pesalah membunuh haiwan terancam boleh dikenakan penjara sehingga 7 tahun penjara sahaja dan pesalah gangguan seksual 3 tahun penjara sahaja dan denda.

Lembu yang dianggap binatang suci oleh pengikut agama Hindu telah mendapat liputan kontrovesi kebelakangan ini dimulai dengan tindakan kerajaan tempatan Uttar Pradesh yang telah menyerbu rumah-rumah penyembelihan dinegeri tersebut yang didakwa mereka beroperasi secara haram.

Tindakan ini adalah susulan daripada kemenangan besar yang diperolehi parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India, Narendra Modi baru-baru ini.

Industri daging di India dipelopori oleh penduduk Muslim dan pemerhati politik berpendapat tindakan seperti ini seolah-olah memberi tekanan kepada golongan minoriti ini.

Kesalahan-kesalahan lain seperti gangguan seksual dan rogol yang menjadi penyakit masyarakat di India sepatutnya diberi penekanan lebih dengan tindakan yang tegas dan agresif diambil.

Kes rogol Delhi pada tahun 2012 pernah mengemparkan dunia dimana kes yang melibatkan rogol dan serangan maut yang berlaku pada 16 Disember 2012 di Munirka, sebuah persekitaran di Delhi Selatan. Kejadian itu berlaku apabila seorang pelatih fisioterapi wanita berusia 23 tahun, Jyoti Singh telah dipukul, dirogol dan diseksa dalam bas.

Bilangan kejadian kes rogol dan gangguan seksual adalah sangat tinggi di India namun kerajaannya tidak menunjukkan ‘political will’ untuk mengatasinya dan kes rogol Delhi tersebut telah menyebabkan demonstrasi besar-besaran supaya tindakan segera diambil ke atas pesalah dan undang-undang yang lebih tegas diperkenalkan.

Walaupun undang-undang yang lebih tegas diperkenalkan selepas kejadian itu, namun keberkesanan dan perlaksanaan pengadilan yang lambat masih menimbulkan ketidakpuasan hati dikalangan wanita dinegara tersebut.

Berikutan itu, tindakan kerajaan BJP yang memperkenalkan hukuman seumur hidup untuk kesalahan menyembelih lembu dianggap melampau dan tidak objektif dan didapati lebih berniat untuk memberi tekanan kepada penduduk Muslim dinegara itu.

Cerita: MLTR
Gambar: Reuters

Written by

Leave a Reply

Your email address will not be published.