Penjual sayur, Kusum Shrestha, 19 tahun, menarik perhatian laman sosial selepas fotonya sedang menjual sayur dimuat naik.

 

Beberapa foto lain ketika beliau berjalan membawa epal juga telah dimuatnaik dengan hashtag #Sabjiwali dan #Tarkariwali yang bermaksud ‘penjual sayur’.

Cik Kusum yang berasal dari keluarga petani di Bagling, Gorkha, lebih kurang 90 km dari barat Kathmandu, Nepal.

Cik Kusum memberitahu BBC beliau merupakan seorang pelajar yang kini sedang bercuti dan menolong ibu bapanya menjual sayur dan buah.

“Kawan saya tanya adakah saya individu yang viral di laman sosial, saya kata tak tahu,” kata Kusum.

 

Kusum berkata, kawannya kemudian menunjukkan foto-foto yang viral tersebut kepadanya.

“Saya terkejut individu itu adalah saya. Hari foto diambil, saya sedang tolong keluarga saya jual sayur ketika jurugambar, RupChandra Maharjan mengambil foto saya. Tapi ketika itu, saya tidak tahu foto saya sedang diambil,” jelas Kusum.

Cik Kusum sekarang sedang dalam proses menjadi model dan pelakon di Nepal.

Photo Credit: ekantipur.com

 

Kredit : BBC

Written by

Leave a Reply

Your email address will not be published.